Sup kambing


Bahan-bahan:
500 gm tulang kambing
Sedikit rempah 4 sekawan(buah pelaga,bunga cengkih,kulit kayu manis&bunga lawang)
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis (Sweet Cumin)
1 sudu teh serbuk jintan putih ( White Cumin)
3 ulas bawang putih  dicincang
2 labu bawang besar  dikisar
1 inci halia  di ketuk
1 batang lobak  dipotong dadu
1 biji kentang  dipotong dadu
1 biji tomato belah 4
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Stok daging   (kalau suka)
Sedikit minyak  (untuk menumis)
Sedikit daun bawang dan bawang goreng   (untuk hiasan.)


Cara penyediaan:
1) Dengan menggunakan sedikit minyak, tumiskan rempah 4 sekawan, bawang putih dan rempah serbuk sehingga naik bau wangi.

2) Masukkan pula bawang besar, halia, tulang dan air. Biar sehingga mendidih. Masukkan kentang dan lobak dan masaklah sehingga daging lembut.

3) Masukkan garam dan serbuk lada hitam dan kalau suka sedikit stok daging.

4) Akhir sekali masukkan tomato dan matikan api. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng dan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

Tidak ada komentar:

Random Recipes

Jajanan Traditional

Dessert Recipes