Kari Ikan Kering


BAHAN - BAHAN
1 paket ikan kering rendam dan toskan.
1 genggam udang kering – rendam air panas dan kisar kasar
5 pelepah daun kari
6 batang lada kering, digunting dua
10 sudu makan pes bawang besar
1 biji bawang besar dihiris
2 sudu makan pes bawang putih
1 jari halia, dititik
4-5 biji tomato – setiap satu dibelah 4
4 sudu makan rempah kari ikan (rempah serbuk)
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan halus (jintan putih)
1 sudu makan serbuk jintan manis(jintan kasar)
1 sudu makan serbuk lada putih (yang dikisar sendiri)
4 cawan air
2 biji lada hijau dan 2 biji lada merah – dibelah dua jangan putus
1 batang karot – dikupas kulit dan dipotong bulat-bulat
2 biji terung – setiap satu dibelah 4
Beberapa biji kentang kecil, kupas kulit
10 batang kacang panjang, dipotong 4 cm panjang
1⁄2 cawan kacang parang, direndam dalam air dan direbus sehingga empuk
3 sudu makan asam direndam dengan 1⁄2 cawan air dan ditapis
1⁄2 cawan susu atau santan (jika perlu)
Minyak untuk menumis

CARA – CARA

1) Panaskan minyak didalam periuk dan tumis lada kering sehingga meletup-letup. Masukkan pes bawang besar dan tumis selama 2-3 minit. Masukkan pes bawang putih dan halia titik, dan tumis lagi sampai naik aromanya. Masukkan tomato dan masak lagi selama 5 minit. Masukkan semua rempah serbuk beserta 2 cawan air. Kacau rata. Tutup periuk, kecilkan api dan masak lagi selama 5 mini. Selepas 5 minit, buka tutup periuk, kacau rata dan biarkan mendidih selama 2 minit lagi. Tuang lagi air. Gaul rata dan masak sampai mendidih.

2) Barulah dimasukkan karot dan kentang. Setelah kedua-duanya setengah masak, masukkan kacang parang, air asam, dan santan/susu (jika mengunakannya). Biarkan mendidih lagi, kemudian masukkan ikan kering, udang kering, lada hijau dan merah dan kacang panjang. Mendidihkan lagi sehingga ikan dan sayur-sayurannya lembut.

Tidak ada komentar:

Random Recipes

Jajanan Traditional

Dessert Recipes